Istana Johor Kuatkuasa Larangan Kakitangan Hisap Vape

JOHOR BAHRU – Semua pegawai dan kakitangan Jabatan Istana Johor dilarang menggunakan vape di kawasan pejabat dan Istana Besar di sini, berkuat kuasa serta-merta.

 

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata surat arahan sudah dikeluarkan pada 30 November lalu yang ditandatangani Pengelola Bijaya DiRaja, Brig Jeneral (B) Datuk Ali Musa.

 

Katanya, arahan itu dikuatkuasakan serta-merta atas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan tidak akan menunggu sehingga tarikh 1 Januari tahun depan.

 

“Sebagai permulaan menjunjung kasih titah Tuanku, kita di Jabatan Istana Johor akan menjadi contoh kepada agensi lain untuk melaksanakan perkara ini (tidak menggunakan vape),” katanya ketika dihubungi BH, hari ini. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.