Hak Siaran TV Satelit Astro Tamat Februari 2017

KUALA LUMPUR – Syarikat-syarikat lain boleh memohon untuk memberi perkhidmatan pe­nyia­ran televisyen berbayar menerusi satelit selepas 28 Februari 2017.

 

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Senator Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, ini kerana hak penyiaran eksklusif yang diberikan kepada Measat Broadcast Network Systems (Malaysia) Sdn. Bhd. atau Astro akan tamat pada tarikh tersebut.

 

Menurutnya, hak eksklusif ber­kenaan telah diberikan kerajaan pada 1997 sebelum lesen penyiaran di bawah Akta Penyiaran 1988 bertukar di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

“Berasaskan prinsip kedudukan semasa lesen penyiaran kepada le­sen individu pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan, kerajaan telah mengekalkan hak eksklusif bagi penyiaran satelit sehingga 28 Februari 2017.

 

“Oleh itu, Measat boleh meneruskan perkhidmatan penyia­ran televisyen berbayar menerusi satelit untuk tontonan langsung kepada umum selepas 2017 tetapi bukan secara eksklusif,” katanya.

 

Beliau berkata demikian da­lam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Hasan Arifin (BN-Rompin) sama ada kerajaan akan menyambung hak eksklusif Astro dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.