AS Pantau Perjalanan Anggota Militan

WASHINGTON –  AMERIKA SYARIKAT. Amerika Syarikat (AS) akan menghantar kumpulan khas dikenali sebagai pasukan pejuang asing tambahan di luar negara sebagai usaha untuk menghalang anggota militan daripada membuat sebarang perjalanan ke luar negara.

 

Menurut Jurucakap Rumah Putih, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan elemen perisikan lain akan bekerjasama dengan beberapa negara untuk menangani perjalanan militan.

 

“Pasukan tersebut akan digerakkan ke kawasan dan negara yang berisiko untuk merekrut dan menghantar militan ke luar negara,” katanya.

 

Difahamkan, langkah itu dibuat selepas Washington turut menerima ancaman keganasan daripada kumpulan militan IS kira-kira tiga hari selepas kejadian serangan berdarah di Paris yang turut meragut sekurang-kurangnya 130 nyawa.

 

Ancaman tersebut telah mendorong AS untuk membuat pindaan dalam Program Pengecualian Visa, sekali gus mengetatkan prosedur keselamatan terhadap 38 negara, lapor Press TV.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.