Subsidi Kadar Faedah Dua Peratus Diberi Pada Sme Partner Yang Dikenal Pasti

Putrajaya – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengumumkan subsidi kadar faedah sebanyak 2.0 peratus akan diberikan kepada SME Partner yang dikenal pasti melalui Program Berimpak Tinggi: SME Investment Partner di bawah pelan induk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bantuan subsidi itu diperlukan kerana ia melibatkan kos yang agak tinggi.

“Oleh kerana ini melibatkan pinjaman sukuk, maknanya kosnya akan menjadi agak tinggi dan dalam mesyuarat tadi kita putuskan bahawa kerajaan akan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus kepada SME Partner yang dikenal pasti dan dengan cara ini peruntukan tersebut boleh dimanfaatkan.

Najib berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan ke-17 di sini pada Selasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.