Samsung Cipta ‘Eyecam+’ Bagi Perkasakan OKU Guna Peranti Pengguna Normal

Kuala Lumpur – Bagi memperkasakan orang kelainan upaya (OKU) dan membolehkan mereka menggunakan peranti seperti individu cukup sifat, Samsung mencipta Eyecan+.

Ianya kesinambungan kepada sistem Eyecan yang diperkenalkan pada 2012.

Eyecan+ berfungsi sebagai tetikus yang dikawal menggunakan mata pengguna OKU.

Ia merupakan sebuah kotak kamera yang diletakkan di bawah skrin komputer.

Perisian Eyecan+ mampu mengesan pergerakan mata pengguna dan menukarkannya kepada pergerakan kursor pada skrin komputer.

Terdapat 18 pratetapan yang diletakkan pada antaramuka Eyecan+. Pratetapan membolehkan pengguna melakukan arahan biasa seperti menutup program, mencetak dokumen dan menyalin teks.

Pengguna hanya perlu melihat pratatepan yang terpampang dan mengedipkan mata bagi menggantikan double click. Kesemua pratetapan boleh diprogramkan semula mengikut keperluan individu berbeza.

Bagi penggunaan optimum pengguna perlu berada 70 sentimeter dari pengesan Eyecan+. Bagi memperhalusi lagi sistem Eyecan+, Samsung akan mendermakan beberapa unit tetikus kawalan mata ini kepada badan-badan amal warga OKU Korea Selatan.

Fungsi Smart Scroll yang ada pada peranti Samsung dilaporkan menggunakan teknologi Eyecan asal.

Mungkin pada masa depan, Samsung Galaxy S7 membenarkan anda menaip dengan hanya melihat papan kekunci. Boleh menaip sambil makan dan skrin tidak akan dikotori minyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.