Polis Siasat Majlis Makan Malam Mengembang Ideologi Komunis Di Pulau Pinang

Georgetown – Polis sedang menyiasat acara makan malam yang diadakan pada Sabtu lalu dikatakan telah diadakan untuk mengembangkan semula ideologi komunis di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan berkata, mereka setakat ini telah menerima 24 laporan daripada pelbagai pihak, terhadap acara tersebut.

“Kami sedang mencari penganjur acara itu.

“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, kerana berniat untuk menyakiti, atau yang mungkin menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang ramai.

“Polis menggesa mereka yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan,” kata Thaiveegan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang hari ini.

Semalam media melaporkan di sebalik kebimbangan orang ramai ada usaha mengembangkan semula ideologi komunis di negara ini, laporan polis yang dibuatoleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta penafian jawatankuasa Dewan Orang Ramai Chai Leng Park, di Perai bahawa ada tempahan untuk menggunakan pada malam 29 Nov, majlis itu tetap berlangsung.

Dianjurkan oleh persatuan Setiakawan Malaysia Abad ke-21 dan dihadiri kira-kira 900 orang, apa yang terhasil adalah satu kenyataan menggesa Putrajaya membenarkan abu mendiang ketua PKM itu dibawa pulang ke tanah air, sempena menyambut ulangtahun ke-25 tamatnya pemberontakan komunis.

Bagaimanapun dalam satu sidang media di Ayer Keroh Melaka, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kerajaan sama sekali tidak akan membenarkan abu mayat Setiausaha Agung Parti Komunis Malaysia (KPM), Chin Peng dibawa balik ke negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!