Paras Harga Minyak Memihak Pada Ekonomi Negara – Zeti

Kuala Lumpur – Paras harga minyak semasa memihak kepada ekonomi negara kerana ia menurunkan kos bagi perniagaan dan pengguna selain mengurangkan inflasi, kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata pengguna akan mempunyai lebih banyak dana untuk perbelanjaan lain dan meningkatkan permintaan penggunaan terhadap barangan lain yang dapat memacu pertumbuhan.

“Dengan itu, kita dan rantau ini berupaya kekal di landasan pertumbuhan mampan,” katanya dalam ceramah khas mengenai Komuniti Ekonomi Asean dan Globalisasi yang dianjur oleh Kelab Perniagaan Asean, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Zeti berkata jika harga minyak jatuh kepada paras ambang tertentu, pendapatan kerajaan dan perbelanjaan pembangunan akan terjejas.

Beliau berkata pelaburan dalam industri petroleum akan dikurangkan dan apabila bekalan terkawal harga akan meningkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.