Namewee Mengaku Bersalah Aibkan Kakitangan TNB

Muar – Pengarah, komposer dan penyanyi rap kontroversi, Namewee mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Muar sebentar tadi atas tuduhan cuba mengaibkan seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Oktober 2009.

Namewee atau nama sebenarnya, Wee Meng Chee membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh Ketua Unit Pendakwaan Johor, Saiful Edris Zainuddin.

Berikutan pengakuan itu, Hakim Roziyanti Ahmad kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan terhadap Namawee.

Bagaimanapun, hukuman penjara terbabit kemudiannya digantikan dengan hukuman Perintah Kehadiran Wajib dengan pihak Jabatan Penjara Malaysia, selain turut dikenakan bon sebanyak RM5,000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.