Najib Gesa Masyarakat Sebarkan Kesedaran Lebih Luas Mengenai AIDS

Kuala Lumpur – Bersempena dengan Hari Aids Sedunia yang disambut pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat Malaysia menyebarkan kesedaran dan pemahaman yang lebih luas mengenai penyakit itu.

“Saya percaya lebih banyak usaha boleh dilakukan untuk mewujudkan sebuah dunia yang bebas daripada HIV/AIDS,” kata Najib menerusi catatan terbarunya dalam laman Facebook.

Tema global Hari Aids Sedunia ‘Beralih Ke Sifar’ memasuki tahun keempat tahun ini dengan keaiban dan diskriminasi dilaporkan kekal sebagai ancaman terbesar kepada kemajuan yang dicapai oleh dunia dalam respons HIV setakat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.