Kepala, Tangan Sepadan Dengan Mayat Yang Ditemui

Bukit Mertajam – Kepala yang ditemui di tiang berhampiran sebuah kedai makan di Taman Impian Ria di sini dan mayat tanpa kepala dan tangan yang disumbat di dalam guni di Sungai Bakap, Nibong Tebal didapati sepadan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, ini berdasarkan laporan awal bedah siasat, namun pihaknya masih menunggu laporan DNA kepala dan anggota badan berkenaan.

“Polis percaya mangsa adalah orang yang sama, cuma kami masih menunggu laporan penuh DNA. Setakat ini identiti lelaki itu masih belum diketahui tetapi polis percaya mangsa adalah warga asing,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tiga lelaki warga asing berusia 20 hingga 30 tahun telah ditahan di sini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pihak polis meminta orang ramai yang mengetahui kes itu membuat laporan. -Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.