Banjir Kilat Di Lebuhraya LPS Behrang-Tanjung Malim Menyebabkan Trafik Sesak

Tanjung Malim – Banjir kilat di kedua-dua arah Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari Behrang ke Tanjung Malim sejak 7 malam tadi, menyebabkan keadaan trafik sesak di kedua-dua laluan lebuh raya berkenaan.

Jurucakap PLUS berkata jalan tersebut tidak dapat dilalui sejak 7 hingga 9 malam tadi.

“Sejak 9 malam tadi, hanya lorong kanan di kedua-dua laluan dibuka kerana air masih bertakung akibat banjir kilat,” katanya kepada Bernama, di Kuala Lumpur.

Beliau berkata kenderaan di kedua-dua laluan, kini bergerak perlahan.

PLUS menerusi akaun Twitternya turut melaporkan kira-kira 7.50 petang tadi, kesemua laluan di KM 395.3 – 395.4 (Behrang – Tanjung Malim), ditutup.

Sementara, maklumat twitternya pada 9.18 malam tadi, memaklumkan ‘median opening’ di KM 394.4 dibuka untuk trafik arah selatan. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.