Anwar Dinasihatkan Tidak Keluar Negara, Batalkan Ceramah Di Bangkok

Bangkok – Ketua Pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membatalkan kehadirannya di Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT) di sini minggu ini atas nasihat peguamnya.

Anwar tidak akan ke Bangkok minggu ini, oleh itu acara 3 Disember dibatalkan, umum FCCT hari ini.

Kelab itu menyatakan pasukan peguam Anwar menasihati beliau bahawa memandangkan kedudukan kes perundangan terhadapnya sekarang, beliau tidak wajar melawat ke luar negara dalam masa terdekat ini.

Anwar sepatutnya hadir di FCCT pada Rabu ini.

Dalam notis awal kepada para anggotanya, FCCT berkata Anwar “akan menyampaikan ceramah mengenai usahanya mendepani kes-kes mahkamah yang nampaknya berlarutan terhadapnya”. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.