2 Penjawat Awan Ditahan Kerana Terlibat Dengan Penganas IS

Kuala Lumpur – Tiga suspek pengganas yang berumur antara 23 hingga 36 tahun ditahan dan disiasat bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) selepas disyaki terlibat dengan pengganas di Syria.

Dua daripada mereka berkhidmat sebagai penjawat awam di Kuala Lumpur manakala seorang lagi baru kembali ke Malaysia setelah menyertai kumpulan militan di Syria.

“Kedua-dua kakitangan kerajaan tersebut disyaki terlibat dalam menyalurkan dana kepada beberapa rakyat Malaysia yang ingin menyertai kumpulan Islamic State (IS) di Syria,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Dalam kenyataannya hari ini, Khalid menjelaskan, tangkapan itu dibuat setelah polis antikeganasan cawangan khas melancarkan operasi sekitar Kuala Lumpur dan Kedah pada 27 dan 28 November lepas.

Suspek disyaki melakukan kesalahan bawah bab vi(a) Kanun Keseksaan – kesalahan berkaitan dengan keganasan dan akan disiasat mengikut prosedur Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.