Suthep Jumpa Yingluck

BANGKOK, 1 Dis (Bernama) — Pemimpin antikerajaan Suthep Thuegsuban, mendedahkan beliau bertemu dengan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra hari ini.

Beliau berkata dalam pertemuan di hadapan ketua-ketua tertinggi tentera, beliau berkata kepada Yingluck “dengar kehendak rakyat dan kembalikan kuasa kepada mereka’.

Beliau membuat pendedahan itu di atas pentas di hadapan penyokongnya di Kompleks Pusat Kerajaan lewat malam ini.

Beliau berkata mesyuarat itu berjalan dengan baik dan mendakwa tiga Komander angkatan tentera, termasuk Ketua Tentera Jen Prayuth Chan-ocha, telah menyatakan bahawa mereka ‘akan bersatu padu mempertahankan negara’.

Mesyuarat itu berlangsung di tengah-tengah keganasan di ibu kota selepas penunjuk perasaan cuba untuk menyerang Rumah Kerajaan, yang merupakan pejabat Yingluck. Bagaimanapun cubaan itu gagal.

Malam ini, Polis Jen Pracha Promkok, seorang daripada lima timbalan perdana menteri, menasihati orang ramai agar berkurung di dalam rumah dari pukul 10 malam hingga 5 pagi esok, demi keselamatan mereka.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.