Betty Banafe selamat lahirkan bayi perempuan

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Pelakon dan penyanyi, Betty Banafe, 34, selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.9 kilogram di Hospital Pakar KPJ, Damansara pada pukul 7 pagi semalam.

Menurut Betty atau nama sebenarnya Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe, dia terkejut dengan kelahiran cahaya matanya itu kerana sebelum ini dia dijangka bersalin pada 22 Disember ini.

“Saya tidak menyangka akan bersalin awal padahal saya masih lagi dalam penggambaran.Tetapi saya bersyukur kerana bayi saya sihat dan saya juga selamat.

“Buat masa ini, bayi saya masih lagi dalam pengawasan doktor kerana dia tidak boleh menyusu badan sangat,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Tambah Betty yang masih mendapat rawatan di hospital berkenaan, suaminya, Bruce Dargus adalah orang yang paling gembira sekali dengan kelahiran anak sulung mereka itu.

“Suami saya sangat seronok apabila saya sudah bersalin. Namun, saya kasihan melihatnya yang terpaksa meminta cuti secara mengejut,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.