VIDEO: Syarat Nak Jadi Menteri Kena Bodohkah?

SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus menerima kecaman ekoran kenyataan berbaur provokasi beliau mengenai ketuanan Melayu.

Kali ini, beliau ‘dibasuh’ pula oleh seorang penceramah agama, Ustaz Ahmad Husam Datuk Baderudin, yang menyifatkan menteri muda itu sebagai buta sejarah.

“Jangan jadi golongan buta sejarah. Yang bercakap ni, saya tak cakap lah siapa, tapi sama ada kamu menteri atau tidak, saya nak label orang ini sebagai orang yang buta sejarah.

“Jangan rasa hebat kamu boleh berdebat, lancar berbahasa Inggeris, sedangkan kamu buta sejarah. Kamulah manusia paling bodoh di Malaysia.

“Adakah syarat nak jadi menteri ni perlu jadi bodoh?,” katanya dipercayai dalam satu kuliah baru-baru ini.

Klip video penceramah itu turut tular di laman sosial Facebook.

Ahmad Husam menambah, kenyataan Syed Saddiq itu jelas menunjukkan bahawa menteri berkenaan tidak mengingati susur galur sejarah yang mana bangsa Melayu adalah bangsa yang memperjuangkan negara daripada cengkaman penjajah sewaktu masa dahulu. 

“Kita tak anti bangsa-bangsa lain, cuma kena sedar Malaysia ini hak orang Melayu, kita tuannya. Sebab itu masih ada lagi di negara kita rizab tanah Melayu. 

“Ingat, datuk nenek kita dulu dirogol depan suami mereka. Ada di kalangan orang-orang tua dulu di kala memperjuangkan negara kita daripada cengkaman penjajah dizalimi, dirogol, dipenggal. Itu datuk nenek kita.

“Inilah dia Malaysia baru. Kamu nak berpolitik boleh, tapi jaga sama bangsa kita yang menjadi tuan kepada Tanah Melayu ni,” kata Ahmad Husam lagi.

Syed Saddiq baru-baru ini mencetuskan  polemik apabila mengeluarkan satu kenyataan tentang zaman ketuanan Melayu telah berakhir dan Malaysia sedang bergerak ke arah fasa baharu yang memperjuangkan kesaksamaan. 

Kenyataan itu mengundang kecaman pelbagai pihak yang menyifatkan Ketua Armada PPBM itu terlalu ghairah bercakap tanpa memahami asas masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Syed Saddiq sebagai pemimpin PPBM, sebuah parti yang membentuk kerajaan hari ini sewajarnya membantu kaum Melayu dan Peribumi sekiranya merasakan kaum itu lemah, bukannya berterusan mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi.

Manakala mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menasihati pemimpin muda itu agar berhenti mengeluarkan kenyataan bodoh dan biadap, selain menyarankan agar kerajaan merangka dasar baharu untuk masyarakat Melayu, bukannya menghapuskan ketuanan Melayu.-SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.