Penerbangan Ditunda, MAS Airlines Mohon Maaf

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines memohon maaf kepada penumpang atas kelewatan lebih 15 jam penerbangan MH190 dari Kuala Lumpur ke New Delhi, semalam.

Pengurusan syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata penerbangan dijadual berlepas jam 6.50 petang semalam namun ditunda kepada 11 pagi ini dan dijangka tiba di New Delhi pada jam 2 petang.

“Penerbangan pulang, MH191D juga ditunda, dijangka akan berlepas meninggalkan New Delhi pada jam 3 petang esok dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada jam 10.50 malam hari yang sama.

“Penerbangan terpaksa ditunda berikutan masalah teknikal yang tidak dijangka pada pesawat penerbangan

“MH190 milik syarikat penerbangan ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, walaupun kesal dengan kelewatan yang berlaku, keselamatan kru dan penumpang tetap menjadi keutamaan syarikat penerbangan itu.

“Penumpang penerbangan yang terbabit diberikan bilik penginapan, makanan dan pengangkutan ke hotel yang berkenaan.

“Keselamatan penumpang adalah keutamaan kami, dan segala kesulitan sehingga mengganggu rancangan perjalanan penumpang kami amat dikesali,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, beberapa penumpang menyatakan rasa tidak puas hati atas kelewatan itu. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.