Najib Tanya, Mana Janji Harga Petrol Akan Turun, Pengecualian Bayaran Balik PTPTN?

SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyindir kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tidak menunaikan janji untuk menurunkan harga petrol selepas mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

Beliau merujuk kepada pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebentar tadi yang menyatakan kerajaan akan mengapungkan semula harga petrol RON95 di pasaran berdasarkan Automatic Price Mechanism (APM).

“Apa terjadi kepada ‘hari ini kita menang, esok harga petrol akan turun’?

“RM1.50 satu liter sudah ke mana?,” soal beliau.

 

Dalam pembentangan Belanjawan 2019 sebentar tadi, Guan Eng berkata kerajaan akan memberi subsidi kepada pihak memiliki sebuah kereta sahaja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah. 

Melalui mekanisme ini, kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal, yang dijangka bermula pada suku kedua 2019. 

Guan Eng juga berkata, kerajaan akan mengapungkan semula harga petrol RON95 di pasaran berdasarkan Automatic Price Mechanism (APM) bagi meningkatkan kecekapan penggunaan sumber di samping membendung ketirisan berikutan perbezaan harga minyak dan penyeludupan rentas sempadan. 

Selain membangkitkan janji penurunan harga petrol, Najib juga menyindir PH yang tidak berpegang pada janji untuk mengecualikan bayaran balik peminjam PTPTN yang berpendapatan bulanan di bawah RM4,000 sebagaimana yang dinyatakan kerajaan.

Beliau merujuk kepada kandungan belanjawan yang menyatakan peminjam bergaji RM1,000 ke atas akan dipotong secara automatik untuk bayaran balik PTPTN.

 

“Nampaknya janji untuk mansuh PTPTN dan mengecualikan pinjaman yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan dari membayar tidak menjadi.

“Gaji minima sudah RM1,050. Maksudnya, tiada seorang pun akan dikecualikan,” sindirnya. -SuaraTv 

4 thoughts on “Najib Tanya, Mana Janji Harga Petrol Akan Turun, Pengecualian Bayaran Balik PTPTN?

  • November 4, 2018 at 2:55 pm
    Permalink

    Awak tanya awak jawablah!! 2.6 billion mana datang mana pergi???? Jutaan ringgit dlm mana duit kumpul dari gaji?? Jutaan billion hilang 1mdb sapa men.. kew.. . Sapa pm ?? Tu la sbb rakyat pilih PH…. awak dipilih tapi khianat korup??? Tanyalah diri ..kroni2 .kuncu2
    mana pegi harta2 negara..rakyat semua?? Angkuh bongkak takbur fasal tu allah swt tk izin menang lagi..!!tk rasa malu kah? Tk rasa segan pd rakyat..pd dymm agong ..negara tipu bohong khianat ikrar sumpah jwtan!!! Mana maruah kau ha? Rata2 rakyat cakap hal korup?? Tk sedar diri kah?? Berapa lama nk tepis 50thn..100thn?? Perosak negara..tk layak pun komen?? Da duk penjara nanti komen lah sama2 sendiri ya!!! Baru kau nk tau langit tu tinggi..rumput lau pijak..langit kau junjung??? Da lambat masa tu.?? Rosak perompak penyangak penyamun… rasuah korupsi.. jwblah sendiri???, usah salahkan org?? Rakyat dah mual muak menyampah sakit hati meluat benci tgk muka berita kau dn ceta2 basi kau yg bodoh tongong bangang tu?? Muka sampah muka tk malu??, org paling tk berguna masa kini?? Nyah pinggirkan mereka2 ini dari kamus kita semua?? Hidup dgn tipu helah berapa lama nk elak tepis tk ngaku salah berapa lama da?? Allah swt maha kaya segala2 nya…amin

    Reply
  • November 4, 2018 at 2:59 pm
    Permalink

    Pengkhianat… hidup dgn pembohongan selama ini??? Rakyat kau tipu..tanggung lah dosa tipu…hidup tk berkat?? Doa rakyat makbul .. tanggung lah…. ramai lagi akan didakwa..insyallah..! Spesis sama korupsi!!

    Reply
  • November 4, 2018 at 3:03 pm
    Permalink

    Sampah..busuk jijik kotor.@!! Tu la kau ngan kroni2 ???? Nfc lembu..felda..felcra..1mdb.. byk lagi akan menyusul..dont worry?? Jgn nk lari ?? Smga terbukti jahat mereka2 ini..amin.

    Reply
  • November 4, 2018 at 3:05 pm
    Permalink

    Jwblah sendiri ya?? Tau kan??
    Da lupa ya?? Ingat kan??? Ohh…
    Lupa lak.. ya!! Ok lah tu???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.