Wajah Wanita Ini Hampir Hancur Akibat Penyakit Pemakan Daging Manusia

Penyakit yang jarang berlaku yang disebut sebagai flesh-eating disease atau penyakit yang memakan daging ini telah  menjangkiti wajah seorang wanita. Penyakit ini dalam istilah perubatan dipanggil Necrotizing Fasciitis (NF) dan merupakan penyakit yang sangat jarang berlaku.

Penyakit ini menyebabkan  tisu lembut dalam badan mati dan sangat mudah merebak pada tubuh.

Gejala awal pada penyakit ini meliputi kulit kemerahan atau ungu pada kawasan yang sakit, demam dan muntah-muntah. Bahagian yang paling banyak dijangkiti penyakit ini adalah kawasan badan dan perineum.

Penyakit ini disebabkan oleh bakteria Klebsiella, Clostridium, Escherichia coli, Staphylococcus aureus, and Aeromonas hydrophila dan lain-lain. Dilaporkan dari tribunjogja.com wanita yang berasal dari England itu kelihatan terbaring lemah di atas katil. Ketika diperhatikan wajahnya kelihatan berlubang hingga ke dalam tengkoraknya.

Mukanya ditelan oleh penyakit tersebut. Walau bagaimanapun, wanita itu masih boleh bercakap. Dalam video tersebut, rahang bawah wanita itu masih  kelihatan baik. Walau bagaimanapun, rahang atas telah dimakan oleh bakteria ganas tersebut.

Satu-satunya cara yang boleh diambil bagi merawat penyakit ini ialah melalui pembedahan tisu tisu yang dijangkiti.

Sudah pasti wanita itu akan kehilangan wajahnya selama-lamanya. Walau bagaimanapun, pembedahan plastik boleh dilakukan untuk membina semula wajahnya. Wanita yang berusia 41 tahun itu menjadi orang pertama di UK  menjalani pembedahan pakar selepas mengidap penyakit yang jarang berlaku itu.

Setelah menjalani prosedur pembersihan bakteria, dia menjalani empat pembedahan besar untuk menghentikan jangkitan bakteria ganas merebak.

Penyakit ini mengingatkan kita supaya menjaga kebersihan dan meninggalkan tabiat buruk bagi mengelakkan penyakit ini dijangkiti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.