Video: Rafizi Akui Manfaat Bajet 2018 Kepada Rakyat

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengakui bahawa bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak mampu memberikan manfaat kepada rakyat.

Menurut Rafizi yang juga Ahli Parlimen Panda itu, sudah pasti pentadbiran Najib mempunyai rancangan dan peruntukan berdasarkan pembentangan Bajet 2018 itu.

Namun Rafizi meminta kerajaan memberi penekanan kepada penyelesaian jangka panjang terhadap permasalahan dihadapi rakyat sekarang seperti kenaikan harga barang, peluang pekerjaan dan isu pengambilan pekerja asing.

“Saya tidak meragui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sebenarnya faham masalah utama yang perlu diselesaikan iaitu dalam soal harga barang, gaji dan pekerja asing,” katanya katanya semasa menjadi tetamu program Bicara Bajet 2018 yang disiarkan selama sejam di RTM1 malam tadi.

Program berkenaan dihoskan Datuk Dahlan Maamor dan turut dijemput sebagai ahli panel ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

Ia bagi membincangkan mengenai inti pati Bajet 2018 yang dibentangkan Jumaat lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.