Ulat Tiket Final Piala Malaysia Mula Kaut Untung

PETALING JAYA – Fenomena kehabisan tiket final Piala Malaysia antara Kedah menentang Johor Darul Ta’zim Sabtu ini yang melanda penyokong skuad hijau kuning memasuki episod baharu hari ini.

Tiket yang dilapor laris dijual kepada pelbagai pihak termasuk persatuan kini timbul semula untuk dijual oleh ulat tiket dengan pelbagai alasan.

Tinjauan mStar Online di laman sosial mendapati, ulat tiket mula menjual dengan harga serendah RM80 sehingga RM220 sekeping.

Antara beberapa iklan jualan oleh ulat tiket yang dikesan di laman sosial

 

Bagi mengelak dikecam netizen pula, ulat-ulat berkenaan memberi alasan mahu menjualnya kerana trip ke Shah Alam telah dibatalkan, konvoi dibatalkan dan nenek berkahwin.

Bagaimanapun, alasan-alasan berkenaan ternyata tidak dapat diterima oleh penyokong yang belum berjaya mendapatkan tiket khususnya anak Kedah di perantauan.

Bagi mereka, jika benar konvoi atau trip dibatalkan, harga yang ditawarkan perlu logik dan tiada unsur mengaut keuntungan melampau dilakukan.

Selain itu, terdapat penyokong yang meninggalkan komen dengan meminta campur tangan pihak berkuasa dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Tiket bagi penyokong Kedah itu didapati jual secara online di laman sosial Instagram, Facebook dan Wechat.

Selain itu terdapat pihak yang menjualnya di laman web mudah.my. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.