Tiada Pengakuan Direkodkan Dari Geng Pak Su

Enam lagi anggota ‘Geng Pak Su’ didakwa di Mahkamah Sesyen di Alor Setar hari ini atas tuduh menyertai kumpulan jenayah terancang.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh, Jamal Muhammad Shafian Jamaluddin, 24, Mazlan Ahmad, 48, Akhmal Firdaus Ahmad, 22, Muhd Shafiz Ibrahim, 29, Muhamad Mizan Ismail, 39, Mohd Azhar Muei, 20, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Kesemua mereka dituduh menyertai kumpulan jenayah terancang itu antara 1 Jan 2015 hingga 8 Okt 2017 di Kubang Pasu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 20 tahun.

 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izhanudin Alias manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 20 Nov ini untuk sebutan semula kes.- Bernama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.