Tak Mengaku Liwat, Rakam Video Porno Kanak-Kanak

KUALA TERENGGANU ― Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meliwat seorang pelajar dan menghasilkan video porno kanak-kanak.

Mohamad Fahami Ramli, 25, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap remaja, 15, di dua lokasi pada Ogos dan September lalu, lapor Sinar.

Pembantu kedai makan itu didakwa meliwat mangsa di sebuah rumah di Taman Hadhari Paka, Dungun, jam 2.30 petang pada Ogos.

Dia mengulangi perbuatan sama di Kampung Pantai Laut, Paka, Dungun, jam 12.30 tengah malam pada September, selain turut dituduh merakam aksi seks bersama mangsa.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini Azman Mustapha menetapkan 21 November ini bagi sebutan semula kes.

Tertuduh turut berdepan sembilan pertuduhan liwat dan satu pertuduhan mendatangkan kecederaan pada mangsa di dua mahkamah lain.  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.