Sultan Selangor Murka Mahathir Gelar Bugis Sebagai Lanun

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memandang serius, murka dan amat kecewa dengan kenyataan pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap bangsa Bugis.

Justeru selepas dibincang dengan Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor, maka satu siasatan dan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948 dan apa-apa jua tindakan wajar diambil ke atas pengerusi Pakatan Harapan itu.

“Ahli Dewan di-Raja Selangor menganggap ucapan tersebut amatlah keterlaluan dan boleh mencetuskan perasaan benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa bugis hingga boleh mencetuskan kekecohan dan huru-hara.

“Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasilah dan keturunan Kesultanan Selangor yang berasal dari bugis,” kata baginda menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais.

Menurut Hanafisah, Dr. Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri yang menerajui pemerintahan bagi tempoh 22 tahun sepatutnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan mengetahui tentang fakta dan sejarah keturunan Bugis.

“Berdasarkan rakaman video dan klip ucapan berkenaan, yang telah tular di media sosial, tohmahan dan kenyataan Tun Dr. Mahathir itu jelas menghina dan menggolongkan bangsa Bugis ini kononnya berasal usul dari golongan lanun, perompak dan penjenayah.

“Ahli Dewan di-Raja Selangor menganggap ucapan tersebut amatlah keterlaluan dan boleh mencetuskan perasaan benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa bugis hingga boleh mencetuskan kekecohan dan huru-hara.

“Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasilah dan keturunan Kesultanan Selangor yang berasal dari bugis,” katanya.

Hanafisah turut memberitahu bahawa Sultan Selangor turut mengingatkan semua pihak terutama orang-orang politik untuk tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik kerana ianya boleh menggugat keharmonian serta perpaduan kaum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.