Siasat Apa Lagi, Mahathir?

Tulisan asal oleh:
Raja Sara Petra, Malaysia Today, 1 November 2017

“Mahathir Janji Untuk Siasat 1MDB Jika Pakatan Memenangi Pilihan Raya Malaysia,” kata The Edge hari ini. Ada pepatah bahasa Inggeris: “flogging a dead horse” (meneruskan sesuatu yang membuang masa kerana keputusan telah pun muktamad). Dan inilah yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir: “flogging a dead horse”.

Berapa kali anda mahu menyiasat perkara yang sama? 1MDB mungkin merupakan GLC yang paling banyak disiasat dalam sejarah Malaysia. Sudah tiba masanya Mahathir menerima hakikat bahawa RM42 bilion wang 1MDB TIDAK hilang tanpa dapat dikesan seperti yang beliau mendakwa.

Mahathir melambangkan seseorang yang dipanggil “sore loser”. Beliau tidak boleh menerima hakikat bahawa RM42 bilion wang 1MDB TIDAK hilang tanpa dapat dikesan.

Mahathir boleh korek dan korek tetapi jika tiada apa-apa yang akan dijumpai, maka tiada apa-apa yang akan dijumpai. Hanya kerana beliau korek dan korek perkara yang sama 100 kali, itu tidak bermakna tiada apa-apa boleh akhirnya berubah menjadi ada sesuatu.

Bagaimana menyakitkannya pun, Mahathir perlu menerima hakikat bahawa RM42 bilion wang 1MDB tidak hilang tanpa dapat dikesan seperti RM31.5 bilion wang Bank Negara.

Sudah-sudahlah Mahathir. Ianya semakin memenatkan untuk mendengar mantra 1MDB lama yang sama. RM42 bilion tidak hilang. Terima itu dan teruskan kehidupan. Kehidupan ini terlalu pendek untuk dibazirkan pada cerita dongeng dan cerita fantasi. Terdapat dunia nyata di luar sana yang perlu kita lalui untuk hidup.”

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/investigate-apa-lagi-mahathir/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.