Selena Gomez, The Weeknd Berpisah Kerana Bieber

Penyanyi Selena Gomes dilaporkan telah berpisah dengan kekasihnya, The Weeknd.

Menurut laporan Daily Mail, Justin Bieber dikatakan menjadi punca  perpisahan pasangan ini selepas Selena kembali berdamai dengan bekas kekasih itu.

“The Weeknd kecewa apabila kekasihnya itu sudah mula berbaik semula dengan Justin Bieber.

“Mereka juga sering menghabiskan masa bersama dan berada di beberapa lokasi sekitar Beverly Hills sejak beberapa minggu lalu.

“Pekara itu membuatkan The Weeknd mengambil keputusan untuk berpisah setelah hampir 10 bulan mereka bercinta,” kata sumber, lapor Gempak.

Tambah sumber, selain Justin Bieber antara punca mereka berpisah adalah kerana pasangan itu sibuk dengan kerjaya masing-masing.

The Weeknd juga kini sibuk dengan konsert jelajah dunianya sehingga sukar meluangkan masa dengan Selena.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.