Pasti Naik Taraf Kepada Pra Tahfiz

BANDAR JENGKA – Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Pahang sebagai organisasi Pra Sekolah yang sudah lebih 30 tahun bertapak di Malaysia, sedang menaik taraf menjadi pra tahfiz untuk seluruh cawangan di negeri itu.

Pengarang Tafsir AlMulk, Tokoh Pendakwah yang juga Ahli Jawatan Kuasa Pas Pahang, Shahri Azman Abd Halim Al Hafiz berkata, di samping bermatlamatkan untuk memperkasakan kaedah membaca al-Quran (Nurul Quran) Pra Tahfiz Pasti juga diharapkan terus menjadi pilihan utama ibu bapa di Negeri Pahang sebagai platform utama pendidikan awal anak-anak mereka, lapor sinar.

“Tahniah kepada pengurusan dan guru Pasti tentang besar ganjaran disediakan oleh Allah kepada usaha pendidikan awal yang berteraskan al-Quran dan Sunnah. Ia turut menyumbang lahir modal insan berkualiti seterusnya mengekang gejala sosial dalam negara.

“Semoga Pasti terus mantap menjadi pilihan utama rakyat Negeri Pahang serta diharapkan program ini menjadi motivasi menyuntik semangat kepada seluruh pengurusan dan guru dalam perjuangan mendidik tunas Islam yang bakal menyumbang kepada modal insan yang amat bernilai kepada agama, bangsa dan negara,” katanya di Dewan Serbaguna Felda Jengka 15 Bandar Tun Razak Jengka di sini, hari ini.

Pasti Pahang merupakan institusi pendidikan awal kanak-kanak berteraskan Islam meliputi aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi sudah bertapak lebih 30 tahun di Pahang.

Pasti menerima murid seawal usia 4 Tahun ( kurikulum khas), 5 Tahun ( Tahap 1) dan 6 Tahun ( Tahap 2) peringkat akhir sebelum konvokesyen.

Program ini telah melibatkan seluruh Pengurusan dan Guru rangkaian 155 Cawangan Pasti seluruh Pahang 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.