Pasangan Ini Didakwa Mendera Dan Tinggalkan Anak Termasuk Bayi 18 Bulan Dengan Ulat Di Lampin

NORTH CAROLINA – Sepasang suami isteri telah didakwa atas pertuduhan mendera kanak-kanak selepas pihak berkuasa menemui tujuh kanak-kanak dalam keadaan tidak terurus dan kotor di rumah mereka, termasuk seorang bayi berusia 18 bulan dengan ulat di dalam lampin, lapor Daily Mail.

Susulan penemuan yang mengejutkan itu pada malam Jumaat lalu, Jamie Leigh Hiatt, 25, dan Michael Patrick McKnight, 26, ditahan dan didakwa atas enam pertuduhan mendera anak-anak mereka.

 

Difahamkan, McKnight adalah bapa kepada tiga orang anak, yang selebihnya adalah anak kepada Hiatt.

Pegawai Polis Lexington berkata, ketika pihak kebajikan datang membuat pemeriksaan, mereka menemui tujuh kanak-kanak di bawah umur enam tahun hidup dalam keadaan yang sangat kotor dan tidak sihat.

Kapten Michael Hunt dari Jabatan Polis Lexington berkata, ketika anggotanya masuk ke rumah itu, anggota pegawainya terhidu bau najis dan air kencing yang sangat kuat. Malah, keadaan dalam rumah itu sangat teruk dan menemui najis manusia dan haiwan di dalam rumah keluarga berkenaan.

 

 

Bimbang dengan tahap kesihatan kesemua kanak-kanak itu, pasukan perubatan telah dikerahkan ke tempat kejadian.

Seorang bayi berusia setahun dan anak kembar berusia 18 bulan dibawa Pusat Perubatan Lexington, di mana mereka mendapati salah seorang bayi kembar itu mempunyai ulat di dalam lampinnya.

Ketiga-tiga kanak-kanak itu kemudian dihantar ke Hospital Kanak-Kanak Brenner untuk menerima rawatan lanjut. Manakala empat lagi kanak-kanak berkenaan diambil dan ditempatkan di rumah saudara mara mereka atau pusat jagaan untuk sementara waktu.

Hiatt dan McKnight dijatuhkan hukuman penjara, masing-masing dengan bon $100,000. Pihak berkuasa berkata, tuduhan tambahan boleh dikenakan dan kedua-duanya akan dibicarakan di mahkamah pada 20 November ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.