Hilang Suara Bukan Sebab ‘Mistik’ – Anuar Zain

SHAH ALAM ― Penyanyi Anuar Zain yang hilang suara sejak pertengahan Januari lalu bukan disebabkan perkatra berunsur “mistik.”

Sebaliknya menurut Anuar, dua doktor pakar mengesahkan beliau hilang suara selama dua bulan akibat penyakit Laringitis, lapor Utusan.

Penyanyi lagu “Lelaki Ini” berkata kerongkongnya bengkak dan beliau tidak mengalami sebarang elemen mistik.

Beliau yang mengalami masalah itu sehari sebelum konsert “Yonder Music Live Series By The Lake ― Anuar Zain & You” berkata jangkitan berpunca daripada udara.

“Selalunya kalau hilang suara dalam masa dua ke tiga minggu akan pulih, tetapi penyakit yang dialami saya ini sangat serius sehingga menyebabkan suara saya hilang hampir dua bulan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.