Dunia Dah Nak Kiamat, Wanita Bogel Untuk Tingkatkan Motivasi Rakan Sekerja

Sebuah syarikat telah dikecam dengan teruk selepas tersebarnya video mengenai seorang wanita yang berbogel di pejabatnya semata-mata untuk meningkat `moral’ pekerja lain di syarikat yang terletak di Warsaw, Poland itu.

Aksi lucah dan memalukan itu dirancang oleh majikannya yang juga seorang wanita semata-mata kerana mahu memotivasikan kakitangan.

Wanita yang berbogel itu adalah seorang jurujual dan dia hanya memakai cermin mata hitam serta kasut. Dia berjalan di sekeliling pejabat hinggakan keadaan menjadi riuh rendah, umpama suasana dalam filem Wolf of Wall Street.

Dia dikatakan dibayar oleh bosnya dan selepas tamat aksi lucah berkenaan, wanita itu memakai semula baju dan kembali ke mejanya.

Wanita itu bagaimanapun telah berhenti kerja selepas klip video berkenaan menjadi tular.

Dia juga menjadi bahan kecaman ramai serta disifatkan sebagai wanita murahan.

“Dunia dah nak kiamat.Tiada nilai, tiada peraturan. Orang berperangai macam binatang dan sanggup kehilangan maruah dan penghormatan.

“Sedih dan kesiannya,” demikian kecaman dan sindiran yang diterimanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.