Dua Maut Dalam Serangan Di Pasar Raya

COLORADO – Dua orang maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah pasar raya di pinggir bandar Denver, Amerika Syarikat pada Rabu.

Jabatan Polis Thornton melalui akaun Twitternya mengesahkan kejadian dan memaklumkan mangsa wanita yang cedera dalam kejadian tersebut telah dibawa ke hospital.

“Ramai mangsa yang terlibat dalam insiden ini dan kami masih cuba memastikan keadaan mereka,” kata Pegawai Polis Thorton, Victor Avila.

Tambahnya, premis berkenaan telah dikosongkan apabila pelanggan dan pekerja pasar raya bertindak melarikan diri ekoran kejadian. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.