Dimalukan Nabil, Hazami Bersuara

Minggu pertama Gegar Vaganza yang melibatkan 12 artis telah berlaku situasi yang didakwa memalukan artis yang menyertai program itu.

Netizen tidak menyenangi perbuatan dan tindakan Nabil yang tidak menghormati salah seorang peserta iaitu Hazami dan menyifatkan gurauan Nabil memegang leher Hazami sebagai kurang sesuai dan ia turut dianggap sangat melampau.

Namun keadaan sebaliknya pula bagi penyanyi iu.

Menurut Hazami dia tidak kisah dan menganggap perkara itu sebagai gurauan.

Katanya, dia mengenali Nabil sudah lama dan tidak mengambil hati dengan gurauan dan jenaka Nabil.

“Ia hanya gurauan kecil jika dibandingkan dengan fitnah yang mendakwa saya sudah meninggal dunia,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.