Dicurangi Isteri Gara-gara Bentuk Wajahnya, Lelaki Ini Temukan Cinta Sejati Hingga Dapat 8 Anak

Godfrey Baguma merupakan seorang bekas pembuat kasut yang digelar sebagai “The Ugly Ugly Man.”

Image result for Godfrey Baguma

Godfrey dipercayai menderita gangguan penyakit yang jarang berlaku tanpa sebab yang diketahui. Walaupun mempunyai wajah yang berbeza dari lelaki lain,  itu tidak menghalangnya daripada mendapatkan pasangan dan merasa bahagia.

Godfrey berjaya mencari cinta sejati dari isteri keduanya yang bernama Kate Namanda. Godfrey dan Kate berkahwin pada tahun 2013. Tetapi sebelum kisah cintanya dengan Kate, Godfrey pernah berkahwin dan mempunyai dua anak.

Perkahwinan pertamanya tidak bertahan lama kerana isterinya berlaku curang padanya. Kamudian Kate (isteri keduanya) datang dalam hidupnya.

Menurut KFM, Godfrey menceritakan bagaimana dia mula jatuh cinta dengan Kate.

“Saya tinggal bersama Kate selama 4 tahun sebelum keluarganya tahu di mana dia berada. Saya tidak mahu mereka melihat saya sebelum kami mempunyai anak-anak kerana mereka pasti tidak bersetuju dan meminta saya untuk meninggalkannya,” katanya.

Kate kemudian meninggalkan saya ketika dia hamil 6 bulan.

“Tetapi dua bulan selepas itu , dia kembali kepada saya. Saya memberitahunya bahawa saya tidak meminta supaya dilahirkan seperti itu. Jika dia merasakan saya beban, dia bebas meninggalkan saya,” ujarnya.

Sementara itu, Kate berkata:

“Apabila kamu menemui lelaki yang tepat dalam hidup , jangan dengarkan kata orang lain orang lain. ikut kata hatimu. Wang dan penampilan fizikal bukanlah penghalang.

Godfrey dan Kate telah bersama sejak tahun 2008. Sejak itu, kedua-duanya telah dikurniakan 6 orang anak pada 2013. Godfrey juga menjadi bapa kepada 8 orang anak  yang mana dua daripadanya adalah hasil perkawinan sebelumnya.

Untuk mencari nafkah, Godfrey menjadi “artis tempatan” dengan nama panggung Sebabi. Sebabi boleh bernyanyi dan melakukan stand up comedy demi menghiburkan penonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.