Bengang Kena Saman, PDRM Beri Penjelasan

SUNGAI PETANI – Netizen bengang akibat tidak berpuas hati dikenakan saman akibat perangkap had laju ketika melalui Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil yang baharu dinaiktaraf.

Rata-rata meluahkan kemarahan di laman sosial facebook sehingga ia menjadi tular.

Sebilangan pengguna laman sosial turut mengakui tindakan menyaman tidak wajar dilakukan memandangkan tiada papan tanda amaran atau had laju dipasang di jalan sepanjang 17 kilometer berkenaan, lapor Sinar.

Orang awam juga dilihat memuat naik video dengan mendakwa tiada sebarang amaran atau peringatan sedangkan tindakan penguatkuasaan polis trafik terus dilakukan sehingga menyebabkan ramai menjadi mangsa.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff dalam kenyataannya berkata, sepanjang 2017, sebanyak 339 kes kemalangan dilaporkan dan lima kemalangan maut dilaporkan sepanjang jalan terbabit.

Menurutnya, kekerapan rondaan dan op had laju telah dimulakan pertengahan Oktober lalu bertujuan mengurangkan kemalangan dan peringatan kepada pengguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.