Balenciaga Tampil Skirt Alas Getah Kereta Harga RM10,000

Jenama fesyen terkemuka dunia, Balenciaga, menjadi bualan ramai apabila memperkenalkan produk terbaharu mereka, yang dinamakan Car Design Skirt.

Rekaan terbaharu itu dipertontonkan kali pertama pada acara Paris Fashion Week minggu lalu, dan disifatkan sebagai ‘mengubah sesuatu fungsi menjadi sesuatu yang formal’.

Seperti namanya, skirt berwarna hitam itu mengadaptasi corak alas getah pelindung (rubber car carpet protector), lapor Gempak.

Bezanya, jika harga alas getah itu hanya dalam puluhan ringgit, harga skirt berkenaan pula adalah RM10,000!

Biarpun harganya mahal, namun berdasarkan maklumat di laman web Balenciaga, skirt tersebut laris dijual.

Buat masa ini, hanya tinggal saiz 36 yang boleh dibeli.

Skirt itu sekali lagi menjadikan Balenciaga topik perbincangan di laman sosial, selepas kali pertama melakukannya April lalu, melalui beg ala IKEA yang berharga puluhan ribu ringgit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.