Amuk Guna Gergaji Bapa Maut, Ibu Dipukul

JITRA ― Seorang lelaki mengamuk dan menyerang ibu bapanya menggunakan besi dan gergaji.

Ibu suspek luka di pipi kanan dan bahu selain lebam di tubuh manakala suaminya patah ibu jari tangan kanan serta cedera di perut, lapor Metro.

Ketua polis daerah Kubang Pasu berkata Mohd Tarmizi Abdul Hamid, 67, ditemui terbaring di dapur manakala isterinya Tom Wahid, 64, ditemui dengan muka berdarah.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Baru Sri Muda, Sungai Korok di sini, pagi semalam.

Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata suspek berang kerana ibunya mengadu ke Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebelum dimasukkan ke pusat pemulihan dadah.

Beliau berkata suspek, 28, yang kemudian ditahan, mengaku menetak belakang tubuh ibunya dengan gergaji sebelum memukul bapanya menggunakan penimbang air.

“Hasil ujian saringan awal air kencing terhadapnya mendapati dia positif dadah jenis ganja, heroin dan syabu,” katanya.

Mohd Tarmizi kemudian disahkan meninggal dunia kira-kira 1 pagi tadi ketika di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.