Adun DAP Pernah Mohon Kerakyatan UK, Tolak Kewarganegaraan Malaysia – Dr Kamarul

Menetap di luar negara selama 22 tahun dan pernah memohon kerakyatan United Kingdom, kesetiaan ADUN (DAP) Pasir Pinji , Perak, Howard Lee Chuan How kini dipersoal tambahan lagi beliau merupakan Ketua Setiausaha Pemuda Pakatan Harapan.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Yusoff berkata, Howard merupakan seorang chef kini bergiat aktif bersama DAP menetap di UK selama 22 tahun antara 1995 hingga 2007, dan hanya pulang selepas pasportnya hilang.

“Apa yang mahu saya bangkitkan ialah bagaimana Howard Lee Chuan How boleh dilantik ke jawatan amat penting itu tatkala ketaatsetiaannya kepada negara sedang dipertikaikan.

“Howard Lee Chuan How sendiri secara terbuka mengakui memohon untuk mendapatkan kewarganegaraan Britain pada tahun 2002, dan mencubanya lagi kemudian, tetapi gagal,” ujar Dr Kamarul.

Dipetik Facebook beliau, Dr Kamarul menjelaskan, Howard sekali lagi memohon kerakyatan Britain pada 2006 sewaktu ingin mengahwini isterinya, Dr Fiona Williamson, tetapi ditolak dan passportnya hilang.

“Berpandukan nasihat Immigration Advisory Service Britain, Howard Lee Chuan How pulang ke Malaysia pada 2007 untuk mendapatkan passport baru dan masuk semula ke Britain.

Malangnya, permohonan visa Howard Lee Chuan How bagi membolehkan beliau masuk semula ke Britain telah ditolak oleh British High Commission di Kuala Lumpur,” katanya.

Semenjak daripada itu, Howard mula bergiat aktif dalam politik dengan coretan beliau didalam kolum akhbar Eastern Daily Press serta membuka petisyen untuk menyokong hasratnya untuk kembali ke United Kingdom.

“Howard Lee Chuan How menyertai Pilihan Raya Umum 2008 sebagai pengurus kempen Ketua Pemuda DAP sekarang, Wong Kah Woh.

“Seterusnya, dalam Pilihan Raya Umum 2013, Howard Lee Chuan How sendiri bertanding di DUN Pasir Pinji, Perak, dan menang setelah mengalahkan calon BN, Thong Fah Chong.

“Di dalam DAP pula, kelantangan beliau, termasuk di dalam menghentam parti-parti musuh DAP seperti PAS, UMNO dan MCA, membuatkan nama beliau agak cepat dikenali,” ujarnya.

Kini, Howard diberi kepercayaan parti komponen Pakatan Harapan selaku Ketua Setiausaha Pemuda walaupun rekod jelas terbukti bahawa beliau pernah memohon untuk menolak kerakyatan Malaysia.

“Boleh saja dibayangkan apa akan berlaku kepada Malaysia bila individu seperti ini diletakkan sebagai model pemimpin tinggi negara pada masa hadapan oleh Pakatan Harapan,” kata Dr Kamarul lagi. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.