Tidak Tolak Bajet 2016 Bukti PAS Bersama BN, Kata Lim Guan Eng

SHAH ALAM – Keputusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak bersama Pakatan Harapan menolak Bajet 2016 membuktikan parti Islam itu bekerjasama dengan BN, dakwa Setiasaha Agung, DAP Lim Guan Eng.

 

Memetik laporan The Malaysian Insider, Guan Eng didakwa kesal dengan tindakan Pas yang enggan menolak Bajet 2016, sekaligus sebagai undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 

Katanya lagi, tindakan yang diambil parti Islam itu jauh tersasar daripada kenyataan mereka sebelum ini untuk bersama parti pembangkang.

 

“Biar rakyat yang menilai mengenai keputusan Pas, bukan sahaja rakyat Malaysia bahkan penyokong mereka.

 

“Dahulu undi Pas adalah merupakan alternatif buat kita namun sekarang mereka tunjukkan mereka ingin bersama BN,” katanya selepas merasmikan Konvesyen Biasa Negeri Selangor DAP, 2015 di Petaling Jaya hari ini.

 

Sinar Harian melaporkan hari ini Pas mengambil langkah berkecuali daripada parti pembangkang lain untuk menolak usul Bajet 2016 dibentangkan Najib yang juga menteri kewangan pada 23 Oktober lalu.

 

“Kita katakan BN adalah sebahagian daripada masalah dan DAP adalah sebahagian daripada penyelesaian masalah.

 

“Satu alternatif baharu yang bersih dan berdaya saing. Seperti saya katakan, sekiranya mereka mahu menjadi sebahagian daripada penyelesaian namun kekal sokong BN, mereka ini adalah masalah,” katanya

 

Kata Guan Eng lagi, penolakan Bajet 2016 akan tetap diteruskan meskipun Pas tidak bersama dengan Pakatan Harapan untuk menyokong usul tersebut. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.