Pengunjung Kecewa Trafik Sesak Disebabkan Pesta FoodGasm 2015

PETALING JAYA – Beberapa orang pengunjung meluahkan kekecewaan terhadap penganjuran pesta makanan, Pesta FoodGasm 2015 ekoran kesesakan lalu lintas yang teruk di kawasan sekitar Petaling Jaya semalam.

 

Program yang bertempat di Dataran Petaling Jaya itu dikatakan sesak kerana ada di kalangan pengunjung yang tidak bertanggungjawab menyekat lalu lintas dengan meletakkan kereta mereka di tepi jalan raya.

 

Ada juga yang memberitahu terdapat para pengunjung meletakkan kenderaan mereka di sepanjang Lebuh Raya Persekutuan untuk menghadiri pesta tersebut.

 

Pengguna Twitter @ahmajiuns meluahkan kekecewaannya kerana terperangkap dalam kesesakan selama satu jam di kawasan itu.

 

“Foodgasm menyusahkan orang betul. Kejadahnya 1 jam aku sangkut dekat Amcorp Mall ni!.”

 

Seorang lagi pengguna @wasifahman5 berkata hujan yang melanda ketika pesta itu berlangsung juga menyebabkan kesesakan lalu lintas serta menjadi mimpi ngeri paling buruk bagi setiap pemandu.

 

Ada yang menunding jari menyalahkan pihak penganjur dan pihak berkuasa kerana bilangan kawasan letak kereta tidak mencukupi serta kekurangan penguatkuasaan dan kawalan trafik.

 

Pengguna @geenapalousasz berkata penganjur sepatutnya menjangkakan kehadiran pengunjung yang ramai dan membuat persediaan teliti dalam menguruskan tempat letak kereta.

 

“Organizers should’ve guessed that this foodgasm thingy would attract a lot of hungry hipsters. Put proper parking lah!.””

 

“Rela pun aku tengok tak tau nak buat apa dah jem teruk sangat,” kata pengguna Twitter @nasrudinmasad.

 

Terdapat beberapa pengguna media sosial yang menyarankan agar orang ramai untuk tidak hadir ke pesta makanan ekoran kesesakan lalu lintas.

 

Pengguna Twitter @athirahnazirah berkata: “Traffic terlalu buruk, dibatalkan rancangan untuk pergi ke Foodgasm.”

 

Sementara @syhdlkmn berkata: “I give up on you lah foodgasm fest. Jam nokharoom.” – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.