Che Ta Hadiahkan Rantai Berlian Untuk Anak
KUALA LUMPUR – Aktres jelita, Rozita Che Wan, 43, mungkin antara ibu yang paling pemurah hati di negara ini apabila sanggup menghadiahkan pelbagai barangan mewah berharga puluhan ribu ringgit kepada anak-anaknya.
Selepas pernah menghadiahkan anak sulungnya, Ammar Effendy, 19, sebuah kereta BMW tahun lalu, semalam pelakon jelita yang mesra dengan panggilan Che Ta menghadiahkan seutas rantai leher bertatahkan berlian buat puteri bongsunya, Aaisyah Dhia Rana.
Rantai tersebut diberikan sempena ulang tahun kelahiran pertama Aaisyah.
Bagaimanapun, Rozita enggan mengulas tentang harga rantai leher tersebut kerana tidak mahu dianggap terlalu menunjuk-nunjuk.
“Untuk ulang tahun kelahiran Aaisyah yang pertama, saya dan Zain hanya menghadiahkan seutas rantai leher bertatahkan berlian kepadanya,” kata Che Ta. – Kosmo