Wanita Ditembak Diperkarangan Stadium Sebelum Perlawanan Bolasepak

Arsenal – Seorang wanita dilaporkan telah ditembak mati di perkarangan stadium milik pasukan Arsenal pada pagi Sabtu.

Wanita itu dikatakan telah ditembak seorang lelaki berusia 38 tahun, beberapa jam sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris melibatkan pertemuan antara Arsenal menentang Burnley.

Pasukan perubatan yang menemui mangsa memberitahu, keadaan wanita terbabit tenat akibat kecederaan parah selepas ditembak.

Mereka gagal menyelamatkan mangsa yang kemudian disahkan mati di lokasi kejadian.

Jurucakap Polis Metropolitan berkata,” pada peringkat awal kita percaya suspek yang ditahan dan mangsa saling mengenali.”

Dalam perlawanan pada sebelah petang di Stadium Emirates, Arsenal berjaya menewaskan Burnley 3-0.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.