SPAD Cadang Kija Semula Kadar Tambang Pengangkutan Awam

Johor Bahru – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan Persekutuan untuk mengkaji semula kadar tambang untuk pengangkutan awam.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata kenaikan tambang adalah wajar.

“Kita faham masalah yang dihadapi syarikat pengangkutan awam dan bersetuju terdapat keperluan untuk menaikkan kadar tambang termasuk untuk teksi.

“Kajian semula mengenai kadar tambang baharu itu berada di peringkat akhir. Saya harap syarikat pengangkutan awam termasuk teksi boleh bersabar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Pemandu Lori Berat Johor di Galeri Pameran Truck Nation Malaysia Sdn Bhd, di sini, Ahad.

Syed Hamid berkata Kementerian Pengangkutan akan memutuskan mengenai cadangan tersebut.

Terdahulu, lebih 200 pemandu teksi yang membawa penumpang ke Singapura dijangka berdepan kerugian berikutan kenaikan tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dan Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.