Maza Puji Tindakan KJ ‘Sepak Tiang’

Kuala Lumpur – Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr MAZA, percaya dengan kredibiti yang dimiliki oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin Abu Bakar (KJ) mampu mengembalikan keharmonian dan semangat nasionalisme kepada rakyat.

Katanya, pemikiran politik yang dimiliki oleh Ahli Parlimen Rembau itu juga mampu memberi suntikan baru kepada kepimpinan politik kini.

“Saya rasa saya faham latar pemikiran politik beliau. Saya kata bahawa beliau merupakan harapan kepada kepimpinan politik masa depan bagi sebuah negara seperti Malaysia yang makin terbuka dan rencam,” katanya.

Jelasnya, sikap kepimpinan dan pendekatan yang digunakan KJ juga mampu menarik generasi muda bandar dan luar bandar jika dibandingkan dengan pemimpin pemimpin lain sama ada dalam kerajaan ataupun pembangkang.

“Sosok politik KJ saya percaya akan lebih mengharmonikan Malaysia.

“Corak pemikiran beliau juga boleh menjadikan Malaysia lebih aman dan mengembalikan semangat Malaysia kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi entri dalam Facebooknya yang mengulas mengenai sekeping gambar KJ yang dimuatnaik sebelum ini.

Gambar KJ yang disertakan sekali dengan “Saya uji sendiri kekuatan tiang bendera penjuru apabila diterajang” turut mendapat perhatian Dr. Mohd Asri.

“Saya suka dengan posting KJ ini,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.