Kerajaan Negeri Umum Pahang Cuti Isnin

Kuantan – Kerajaan negeri Pahang mengumumkan cuti peristiwa Isnin ini sebagai menghargai kemenangan pasukan Pahang menjuarai Piala Malaysia 2014, malam ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob bagaimanapun berkata semua pegawai dan guru yang terlibat dengan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula pada hari itu hendaklah meneruskan tugas mereka seperti biasa.

“Semua pelajar yang terlibat dengan SPM juga mesti menduduki peperiksaan terbabit,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini.

‘Pengumuman ini mengambil kira bahawa permainan bola sepak adalah permainan rakyat dan menjadi juara bukan perkara yang boleh diraih setiap tahun,” katanya.

Pada final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Pahang mengalahkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) 5-3 menerusi sepakan penalti selepas terikat 2-2 selepas masa tambahan 30 minit.

Kedua-dua pasukan gagal mengubah kedudukan itu dalam tempoh permainan sebenar 90 minit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.