Kalah Piala Malaysia Kali Ke-88, Bukan Bererti ‘Dunia Sudah Berakhir’ – TMJ

Kuala Lumpur – Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (JDT), Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan kekalahan skuad bola sepaknya kepada pasukan Pahang dalam merangkul Piala Malaysia 2014 edisi ke-88 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam bukan bererti ‘dunia sudah berakhir’.

Justeru baginda bertitah agar rakyatnya tidak bersedih dan menerima keputusan Piala Malaysia dengan hati terbuka.

“Janganlah bersedih, dan janganlah hampa, kerana kita masih bernafas. Dunia belum berakhir, ianya cuma sedikit halangan dalam perjalanan kita. Jangan berputus asa, pandang ke hadapan,” ujarnya di laman Facebook The Southern Tigers, hari ini.

Ujar baginda yang lebih mesra dipanggil TMJ berkata skuad JDT dan rakyat negeri itu harus berfikiran positif dan mensasarkan kemenangan pada masa akan datng.

“Kita mestilah sentiasa kekal bermotivasi dengan dorongan untuk mencapai sesuatu, dan bukannya keinginan untuk menjatuhkan orang lain,” ujar baginda.

TMJ sempat memberikan analogi yang mudah namun mendalam apabila mengatakan, ketika beluncas menyangkakan dunianya sudah berakhir, ia kemudian bertukar menjadi rama-rama.

Selain itu, Tunku Ismail juga mengucapkan tahniah kepada pasukan Pahang yang menjuarai Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut.

Baginda juga mengucapkan syabas kepada pasukannya yang berusaha keras di atas padang dan penghargaan buat seluruh rakyat yang sentiasa menyokong pasukan Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.