Jac Rajin Memasak Walaupun Berjauhan Dari Suami

Kuala Lumpur – Penyanyi Jaclyn Victor mengakui dia kini lebih rajin memasak selepas mendirikan rumahtangga bersama Shawn Rivera yang merupakan vokalis kumpulan berentak R&B, Az Yet pada Julai lalu,

Menurut Jaclyn atau lebih mesra dengan panggilan Jac, walaupun dia dan suaminya kini terpaksa berjauhan, namun masa yang ada bersama akan diluangkan dengan sebaik mungkin untuk memasak makanan kegemaran suaminya.

“Saya belum rasa perubahan yang ketara dalam hidup saya… Cuma kini saya rasa ada orang yang boleh menemani dan menjaga saya.

“Tapia pa yang pasti saya rasa saya lebih rajin memasak. Saya memang suka memasak dan biasanya saya akan masa di rumah untuk makan sendiri. Tapi kali ini masak untuk suami pula.

“Istimewanya kalau masa untuk suami saya akan masak ikut citarasa dia dan lain seperti hari biasa yang saya masak. Ini kerana kalau saya masak untuk makan sendiri saya tidak akan letak minyak dan garam.

“Makanan kegemaran suami saya adalah Kurma Kari Ayam dan belajar memasakanya istimewa untuknya,” katanya kepada murai.com.my

Jaclyn Victor ditemui ketika mengunjungi pejabat murai.com.my semalam bagi mempromosikan single Remedy dan juga album barunya, Unleashed yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Mengulas mengenai menimang cahaya mata, Jaclyn akui tidak mahu  menunggu lama dan berserah kepada rezeki yang datang.

“Saya rasa pada usia saya yang meningkat 30-an ini, tidak perlu saya hendak menunggu atau merancang untuk meninmang cahaya mata. Saya serahkan kepada rezeki sahaja. Kalau ada, ada lah,” beritahunya lagi.

Selain single pertama berjudul Remedy, album yang diterbitkan oleh KRU  Music itu turut memuatkan lagu-lagu seperti Over And Over, Delirious, Pinnacle, Sweeter Than A Dream dan Magical Moment.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.