Saya Tidak Pernah Minta Maaf Pada Anwar – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak pernah memohon maaf secara rasmi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan perkara itu diakui sendiri oleh Perdana Menteri dalam satu wawancara khas bersama media antarabangsa, BBC, hari ini.

Dr. Mahathir berkata, pihak lain yang membuat pelbagai andaian terhadapnya kerana mahu beliau meminta maaf ekoran tindakanya memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.

“Itu pendapat beliau. Saya tidak pernah memberitahunya, tapi orang lain yang meletakkan perkataan di mulut saya, sebab mereka mahu saya minta maaf.

“Tapi saya tidak pernah buat sebarang permohonan maaf secara formal kepada beliau,” katanya dalam temubual tersebut.

Terdahulu, wartawan BBC yang juga hos wawancara tersebut, Zeinab Badawi membacakan semula kenyataan Anwar ketika ditemubual stesen berita itu, Jun lalu.

“Dr. Mahathir memberitahunya beliau membuat kesilapan dan beliau mahukan peluang untuk membetulkannya,” katanya memetik Anwar.

Dalam wawancara yang sama, Dr. Mahathir berkata, beliau kesal apabila Anwar dipenjarakan tetapi beliau tidak patut dipersalahkan kerana hukuman itu merupakan keputusan mahkamah.

“Saya menyesal beliau ke penjara tapi saya tak boleh dipersalahkan kerana keputusan itu dibuat oleh mahkamah, bukan dibuat oleh saya,” katanya. – UTUSAN

One thought on “Saya Tidak Pernah Minta Maaf Pada Anwar – Dr Mahathir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.