Rosmah Dijangka Hadir Ke SPRM Esok

KUALA LUMPUR: Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, diminta hadir untuk memberi keterangan kali ketiga di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya jam 10 pagi esok.

Difahamkan, ini mungkin kali terakhir Rosmah dipanggil untuk memberi keterangan sebelum beliau dihadapkan ke mahkamah terhadap beberapa pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram.

Rosmah dijangka ‘meluangkan’ lebih banyak masa untuk disoal siasat SPRM sebelum dibawa ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, bagi menghadapi pertuduhan berkenaan.

Dipercayai, notis untuk Rosmah hadir ke Ibu Pejabat SPRM sudah dihantar kepadanya semalam.

Menurut sumber, kemungkinan besar Rosmah dijangka didakwa di mahkamah lusa.

Pada 26 September lalu, Rosmah memberi keterangan kepada SPRM hampir 13 jam.

Tindakan memanggil beliau adalah bagi membolehkan siasatan selanjutnya berhubung lebih 20 pertuduhan jenayah yang kebanyakannya membabitkan kes pengubahan wang haram. – BERITA HARIAN

One thought on “Rosmah Dijangka Hadir Ke SPRM Esok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.