Port Dickson Bukan Laluan Mudah Untuk Anwar, kata Isa Samad

KUALA LUMPUR – Calon Bebas Port Dickson Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menyifatkan kawasan itu Parlimen bukan laluan mudah untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

Jelasnya, ia terbukti apabila Anwar sendiri berhempas pulas turun padang untuk berkempen tanpa menggunakan ‘orang bawahnya’.

“Saya tak fikir dengan mudah, kalau mudah takkan dia beriya-iya berkempen. Kalau kita dalam sukan, kalau kita tahu kita boleh menang mudah, kita (akan) hantar ‘second team’ sahaja. Ini (dia) turun sendiri,” katanya dipetik sebagai berkata.

PRK Port Dickson bakal menyaksikan pertandingan 7 penjuru selepas selesai proses penamaan calon pada Sabtu lalu.

Tujuh calon yang akan bertanding adalah Anwar mewakili Pakatan Harapan, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar (PAS) dan lima Bebas iaitu Isa, Mohd Saiful Bukhari Azlan, Lau Seck Yan, Chan Keng Leong ,dan Kan Chee Yuen (Bebas).

PRK Port Dickson akan diadakan 13 Oktober ini susulan peletakan jawatan penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen.

Danyal, bekas pegawai tentera laut, memenangi kerusi tersebut dalam pilihan raya umum 9 Mei lalu setelah mendapat 36,255 undi mengalahkan calon BN Datuk V S Morgan yang memperoleh 18,515 undi dan calon PAS Mahfuz Roslan (6,594).

Sebelum ini, Barisan Nasional (BN) mengumumkan tidak akan bertanding di PRK Port Dickson menentang Anwar. Pengerusi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dicapai selepas perbincangan antara Umno, MCA dan MIC.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.