MP UMNO Dijangka Terus Berkurang

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjangkakan jumlah anggota Parlimen UMNO bakal menyusut akhir bulan ini.

Katanya 49 anggota Parlimen UMNO ketika ini bakal hanya tinggal ‘tiga, empat kerat sahaja’.

“Keadilan (PKR) hari ini adalah blok terbesar di Parlimen. PKR ada 51 anggota Parlimen, DAP mempunyai 42 anggota Parlimen, UMNO ada 49 orang. Esok mungkin 40 orang, kemudian 20 orang dan hujung bulan ini tinggal tiga empat kerat sahaja,” katanya ketika menyampaikan ucapan di  Pidato Malaysia Baru sempena pemilihan PKR di Kuala Terengganu.

Jelas beliau, ia adalah berdasarkan penilaiannya terhadap Perhimpunan Agung UMNO yang baru berakhir, yang kelihatan lemah tanpa pendirian tegas dalam menentukan hala tuju parti tersebut.

Mengenai tindakan pencabarnya Rafizi Ramli yang kadang kala melontarkan pelbagai dakwaan yang bagaikan mempertikai kesetiaannya terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin berkata Rafizi perlu meneliti bagaimana perjuangannya (Azmin) sejak 1998 yang melalui pelbagai ranjau dalam mempertahankan Anwar.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.